Friday, December 5, 2014

Ada.

Assalamualaikum!
Wahai pembaca or pelawat yang budiman,
Tq bebanyak sudi nak singgah (ade ke?hahaha!)...

So, ade la dalam 2 3 cerita nak ditaip disini...

Cerita pertama, hajat dihati nak puisi2 yang diconteng dibukukan...pastu ade la satu team kat instagram ni, namenye Puisilover...diorang open peluang kolaborasi tulis2 puisi untuk dibukukan...so mencubalah nasib diri ini mendaftar...tunggu punye tunggu, dapat gak reply drpd admin diorang...ape2pun, syarat2 diorang memang la lawak...konpius aku...tapi disebabkan cara pnyampaian syaratnye pon amatlah santai, aku setuju nak passing2 ape2 karya yang aku ade...(silap2 memang conteng baru) hehehe...

Ok. Boring.

Cerita kedua, secara tetibe, sorg exSharodz share video budak2 AY Perak training voicing intro 'Aku Mencari Cinta'... ni group junior kalo tak silap sbb aku passing intro tu kat group senior...tapi group senior buat mmg sedap, dpt kat junior pun same naik sedapnye...hehehehe...bagus3...berbangga aku sebab diorang suka dgn intro tu, and dpt buat voicing gitu, and org yg dengar semua mcm 'waaahhhh!' So kire aku dpt la bias2 menang hati org tu...sebab melodi dan lirik TOTALLY aku punye. Done. Hahaha.

Ok. Boring jugak.

Cerita ketiga. UKM mintak aku nazam. Ayat2 yg nak dinazamkan tu semua drpd diorang la. So, aku dpt lirik tu, aku edit2 ikut senang nak nyanyi la kan...memula ingat nak mintak bantuan team aku (biha, syu, ajan) tapi dah kitorang pi bejalan sampai gambang pastu konon2 hajat hati nak pinjam alat Nida' nak rekod rhythm je tapi last2 cam xbest plak nak bekerja di kala sedang berseronok, jadinye balik umah, dpt msg UKM nak segera, so nyanyi laaa sensorang dalam shower pastu mix gune rhythm perkusi lame yg penah direkod sblm ni...(kegunaan teknologi masa kini)
Itu kesah nak jadikan audio tu...
Kesah yang lagi buat aku tebal pipi yg mmg sedia tebal ni, di hari majlis....4 Dis...diorang jemput aku join majlis perasmian tu...siap nak bagi seat tertentu la...aku ni mmg tak arr nak masuk majlis nak dengar suare sendiri tetibe keluar kat speaker tu kan...plus mmg busy ngan kelas addmath and then petang tu mmg ke UKM utk kelas master, so aku pun menolak (honestly mmg tak nak masuk pon kawasan DECTAR tu...)
Dlm prjalanan aku ke UKM around pukul 1.30 time tu, ade la few messages masuk kat wassap group kelas UKM aku tu...diorang ckp pasal ape je yg ade kat DECTAR tu waktu tu (majlis perasmian start pukul 2 ye...)
Time tu aku dah start cuak dah....'jangan laaa ini group dgr plak suare aku nanti kat dewan tu...'
Pukul 2.30 ke 2.45 camtu la, aku cam baru sampai area nilai, msg wassap masuk...'eh, itu tadi Pn Sharifah Nawirah tu, sharifah kelas kite kan?' 'Waahh! Sharifah nazam! Merdunya!'
DAMN! Yg message tu Prof ye....adess...misi gagal...kantoi begitu saja...mule la aku meroyan sorg2 jerit dalam kereta 'kenapa plak diorang blh dgr ni!!!!'
Sebab kompem bile semua orang masuk kelas pukul 3 tu nanti...
And memang jadi...
Dengan Prof sekali yang macam teruja gile 'sejak bila jadi Puan??' (Dah knape soalan tu yg ditanye....==')
Bertubi2 la soalan yang keluar...kelas pun start 3.30 sbb sesi soal jawab dgn 'artis' ni....dush!
Penutupnye, aku sangat la segan malu tebal muka complete...
Plus sangat bersyukur Alhamdulillah nazam tu tak rosakkan majlis besar UKM tu...huh!

Ok. Pun boring gak.

Dah. Cukup la tu.
Nanti2 ade cerita, aku cerita lagi.

(Best taip post gune note ni...senang gune thumb je taip...haha! Tak pasal2 promo)

Wednesday, December 3, 2014

Mahu.

Aku tengok cerita My Lovable Girl... ada pelakon watak Bo Na from The Inheritors dengan one of my favourite all rounder artist, Bi (Rain)...
Tapi itu hanya reason kecik la kan kenapa aku layan cerita tu...
Oh ye. Mmg pun. Cerita Korea. Ade masalah ke? Haha!

Cerita tu sangat la dok sentap sentap hati aku ni untuk 'kembali' menulis...
Nak sangat buat lagu...nak sangat tulis lirik...nak sangat buat arrangement...

Tapi tu lah, sebab dah 'mati' agak lama rasa tu, jadi macam sesuatu yanb menakutkan...(alasan kan? aku mmg manusia yg byk alasan)

So, macam tertanya-tanya...
Rasa sangat la geram bila hati ni bagai dicucuk cucuk untuk gerak mengarang...
Tapi satu side sedar diri buta note, buta piano, buta gitar, just nak harapkan 'almost perfect pitch' yang ada (konon-konon...perasan sendiri...tapi kebarangkalian agak tinggi sebab aku bukan manusia tone deaf...sense of music aku in shaa Allah tahap pintar cerdas dan berbakat)

Argghhhh!
Kecewanya.

Mungkin cukup la dulu.
Aku terbang tunduk lalu.
Berangan dengan cerita-cerita yang ada unsur musik even anime sekalipun...(teruja tengok La Corda D'oro....😂😂😂)

Berangan dulu ye.
Tak guna duit.

Friday, October 31, 2014

Hu. Ha.

Kisah terbaru.
Tak baru sangat.
Tapi nak simpan kat sini.
Pengajaran hidup.
Untuk aku.
Takde paksaan pun.

Putar belit.
Sejuta watak pun yang dikeluarkan.
Aku tak mampu terima dah.
Cukup kot.
Cukup.
Kalo nak anggap aku ni bodoh, sebab tak nak dengar penjelasan sebelum jatuhkan hukuman, teruskan.
Sebab aku memang bodoh pun.

Aku la manusia yang tak paham ape-ape.
Jadi aku amik keputusan begini.
Bagi straight pe aku nak cakap.

Oh ye.
Memang sungguh la yang dibayar tu, untuk lagu je.
You buy song got free lyrics ke?
Erk? Serius?
Kepala hotak letak kat mane?

Damn.

Sunday, October 5, 2014

Kena.

Terkujat.
Tapi memberi jawapan pada semua rase tak best.
Aku nak bertanya, tapi seolah dihalang.
Conscience mungkin. Entah.

Cumanya.
Dari awal, aku sorang je.
Hingga akhir, dah jadi ramai.

Perlu ke aku jatuhkan hukum salah tu?
At least, jujur aje la.
Susah?
Dah tu, libatkan aku dalam kerja kau ni...
Lepas tu kau buat onar macam ni...
Tak susah ke untuk aku?

Ingatkan dah cukup terkena dengan jiwa sendiri.
Rupanya belum puas terkena.
Tak mampu nak beringat dah.
Penat la.

Hmm.
Berhenti tu susah.
Itu je yang aku tau buat.
Tapi.
Itu pun ko nak bunuh ke?
Dah tu, aku nak hidup macam mane?

Terima kasih banyak.
Sebab bunuh aku.

Betul dan Baik

Bismillahirrahmannirrahim.
Salam 'alaik!
Lame tak bertemu kat sini. Masih teguhkah kalian?
Aku masih mencuba hidup setelah musnah.
Masih mencari jalan.
Doakan.

Betul dan baik.
Dua hal yang saling berkait.
Namun maksud yang dibawa total berbeza.

Betul.
Aku selalu kaitkan betul dengan halal atau sah disisi Allah.
Apa yang Allah dah gariskan dalam hukum syariat panduan untuk hidup...itu betul.

Baik.
Definisinya bergantung pada pembawanya.
Tak semua yang kita rasa baik, sama dirasa oleh orang lain.
Pelbagai manusia dalam dunia ni, akan define baik ikut persekitaran, pengalaman, dan emosi.
Dan pada masa yang sama, pelbagai manusia tu akan judge apa yang dikatakan baik oleh persekitarannya.
Kaji moral.
Persoalan 'kenapa berlaku' perlu sebelum diletakkan hukum.

Alquran yang umum, Allah selitkan hadith utk mengkhusus...ijma' ulama' diterima, qias...

Manusia perlu mengkaji.
Sekurang-kurangnya bertanya.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Kalian akan dapat tahu nanti.
Bukan semua hal yang baik untuk kalian, sama baik untuk orang lain.

***************************************************************************

Oh.
Itu cuma bisik hati aku.
Yang sedang kalut.

Thursday, September 4, 2014

Kecut.

Hari-hari tak tenang sebenarnya.
Tak berusaha untuk ingat Yang Mencipta.
Perasan dunia ini susah belaka.
Malas nak minta pada Yang Pemurah.
Yang wajib tak pernah dipenuhi.
Berjanji tapi tak pernah ditepati.

Kemudian.
Sampaikan sesuatu.
Perasan macam bagus.
Tapi bila tak diterima.
Menyampah. Benci. Kecewa.

Yang satu ni tak pula diperasan.
Diri penuh dosa.
Hitam yang selubung.
Putih tinggal tompok tompok kecil.

Hai.
Semak diri tu.
Selak kain yang tutup dosa tu.
Belajar.
Beringat.

Monday, September 1, 2014

Gemuruh

Assalamualaikum...

Ade yang bace ke?
Takpe. Tak ditunggu.
Sebab takut tak sesuai dgn umur penulisan aku ni.
Atau tak mampu diterima hati yang suci.
Atau tak dpt difahami jiwa yang dahaga.

Langkah tu aku hentikan.
Mungkin sejenak.
Mungkin seketika.
Mungkin berlama-lama.

Sebab jujurnya. Aku tak pernah ada ilmu tu.
Dan aku jarang berusaha untuk dptkan ilmu tu.
Yang aku asyikkan, dunia.
Apa yang jadi.
Drama apa yang manusia putarkan.
Cerita apa yang manusia kesahkan.
Lagu apa yang manusia cuba dendangkan.
Asyik sangat.
Aku dalam tu.

Pada masa yang sama.
Mungkin itu iman aku.
Yang terlalu lah kecil bagaikan zarah yang tak ternampak dek mata kasar.
Sentiasa ketuk benak aku.
Sentiasa ketuk nurani aku.
Sebab aku bawak nur.
Nur pada nama aku.
Jadi nur milik Allah tu, aku kena bagi2.
Milik Allah kan?

Tapi sbb ilmu tu takde.
Saat aku cuba bagi2.
Dunia memberontak.
Taknak.
Aku pulak lupa satu hal.
Sabar.
Sbb aku takde ilmu tu.

Diam.
Aku tau itu yang perlu aku buat.
Bila aku takde ilmu tu.
Tapi aku pilih bising.
Macam tau semua hal.
Bahayanye aku sedar.
Tapi buat-buat tak nampak.

Jauhi aku.

Saturday, June 28, 2014

Real


Mimpi sangat banyak orang dalam satu malam yang same.
Semua orang tu, aku memang nak jumpe sangat.
Kot.

Am. Memula cam perati gak betul ke dia ni. Yes. Memang dia. Dia nak mintak tolong buat something. And dah siap pun tolong dia. Sempat gak borak pasal skolah blajar dia.
Am. Am. Am. Dengar x? Aku panggil ko.
Jaga diri. Precious.

Dr pun same! Heee...saye dah mule risau ni sebab Dr sangat marah ye dalam mimpi tu. Tapi xpe pun. Memang perlukan marah tu. Cume jangan buang saye je.='(

Babai syu!
Ko tak masuk pon dalam mimpi aku. Tapi sentiase dihati. Cheh! Hahaha!!! Hati2. Ade rezeki, kite jumpe. Dengan syu budak U.

Hi razan! Crush. Haha!
Hati2. Dunia ni tempat ujian semata. Saat aku bercerita ni pun, aku sedang diuji. Apa mungkin yang aku sedang sampaikan pada ko sekarang ni, boleh jadi aku sedar jugak or tak sedar. Tiap detik masa atas dunia ni, ujian Allah. Jadi, teruskan berusaha!!! Aku pun kene berusaha banyak. Dah hanyut dalam ujian yang aku xpernah amik peduli untuk selesaikan. Sadis.

Wednesday, April 23, 2014

cream


hi.
speechless.
people definitely will ask...


yeah. you'll come with that cliche answer, swallowing all inside.



life. choices. hanging on. holding back. letting go.
i did.
yeah. coz i am only human.




 hey, you.
yeah. you.

at least, i won't.
biiznillah.


-the end-


Wednesday, April 16, 2014

Asset

Selepas aku 'balik' dalam 'dunia' tu, Allah bagi aku terlalu banyak peluang ilham hasilkan aset-aset tu.
Seronok.
Mengetahui ramai yang akan dapat manfaat.

Sorot kembali. Bermula detik pertama.

2011. Muncul secara tiba-tiba. Menghulur salam kenal, aku alumni. Ada teman-2 alumni lain yang turut serta. ♡♡♡

Lagu tema Aqidah Kukuh Sahsiah Terpuji, lirik Kasih Ayah Bonda.

Ada juga untuk kumpulan yang satu lagi. Yakini Sifat Rasul. Alhamdulillah,  terpilih antara yang terbaik untuk tahun itu.

Satu Malaysia Banteras Dadah. Lirik anti dadah terbaik pernah aku hasilkan selepas hampir 10 tahun.

2012. Setelah 1001 cerita, aku letak sasaran. Tiada pihak lain selain aku dan kamu.

Alquran Penjana Wasatiyyah Ummah. Lagu kesukaan ramai. Rancak, menarik.

Ismah Arrasul. Rare. Hanya satu tiada dua. Turut menjadi pilihan ramai.

Alhamdulillah. Ke kebangsaan mereka. Tempat ke-5. Membarakan jiwa pemuda-2 selainnya. Satu-2nya kuntum melati dikelilingi kumbang abadi.

2013. Jua bermula dengan kucar kacir. Goyah prinsip kala ilham Allah tak kunjung tiba. Diuji. Tanpa henti.

Lirik Alquran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah. Hasil paling bersih. Berstruktur.

Bersama Senandung Hijrah Rasul Allah. Yang khabarnya menjadi bualan seisi Malaysia.

Ke kebangsaan sekali lagi. Kali ini habuan besar. MasyaAllah. Menakutkan.

Semarak Iman. Hasil usahasama pertama bersama adinda.

Satu hasil yang tak mungkin dilupakan aku sepanjang hayatku. RINTIH. Cukup dengan itu. Seluruhnya tunduk setuju. Alhamdulillah. Ilham kurniaanMu benar-2 indah. Alhamdulillah.

2014. Penutup segala kisah.

Alquran Picu Transformasi Ummah Wasatiyyah. Disimpan sejak 2011. Cukup lama sudah. Ini masanya untuk diceritakan.

Dosa. Satu lagi hasil kolaborasi bersama adinda. Susunannya terlalu bermakna. Menanti saat ditebarkan pada semua.

Di suatu sudut, ada kisah perjuangan yang usai dibicarakan. Asyik.

Di sudut yang berbeza, ada kisah Israk Mikraj yang bakal menggegar buana. Juga asyik.

Persoalannya.
Mengertikah kamu? Tiap inti inci isi irama dan senikata itu?
Tepuk dada.

Deeper

Salam 'alaik. ♡

Sambil menaip ini, sambil mendengar audio latihan itu.
Sambil berfikir tanpa henti.
Sambil rasa bolak balik.
Sambil teruja dengan kehebatan manusia.
Sambil kecewa.
Sambil ingin turut serta.
Sambil jiwa mengkritik hebat.
Sambil berlegar itu dan ini, begitu dan begini.
Sambil hati kembali seiring otak.

Nantikan saja.

Thursday, April 3, 2014

Deep

sunshine.

salam 'alaik.
after sooooooo long (gak arr) tak menaip kat sini...
aku mulekan dengan gambar makcik-2 kat atas ni...
teringat cik Dolce menitiskan air mata nya saat melihatkan cik Mini dan cik Infinity dalam kereta... teringat saat cik BB agak terkujat dengan kereta penuh manusia... teringat saat cik Maksu yang sangat laaaa slow nak turun ke kereta ngan kain dy ngan cam terkujat gak sebab ramai konon-konon datang melawat dy...

hahahahahahahaha!
bila nak buat keje gile ni lagi ekk?
*happy wink wink*


hanya mampu berimaginasi.
no one actually.
but i appreciate. to those yang berusaha juga untuk jadi ini untuk aku.
aku akan ingat itu sebagai yang terbaik pernah aku dapat.
di hujung kisah ni, aku akan seorang.
dah sorang-sorang pun.
hehehehe.

tapi cam tak kesah sangat.
perasaan duduk sorang-sorang, perhatikan orang lain...
awesome!
habis teruk pun, kau lempar sejuta pahala kat mereka-mereka atas sebab hati kau berkata-kata puji atau keji.
tapi, masih tak ganggu orang.
betul?

living on this world is so weird.
the feeling.
and i am weird.

aku yakin yang tu. aku yang pelik sebenarnye.
sebab aku berusaha buat sesuatu supaya aku terpilih masuk dalam kumpulan yang terasing.


cuba mencari keuntungan sekurang-kurangnya sebesar zarah, untuk terpilih masuk dalam kumpulan terasing tu.

aku bukan tak duduk pikir.
otak aku belum berehat.
sejak aku masuk usia mampu berfikir sendiri.

tapi aku takkan mampu memaksa manusia lain.
untuk berfikir sama macam aku berfikir.

jadi.
aku hanya meletakkan harapan sekecil kerikil.
bukan. lebih kecil daripada itu.
untuk ada yang faham.
siapa aku.

jujurnya.
tak sangka.
mereka yang tak pernah berpeluang untuk merasakan apa yang aku pernah rasa.
meletakkan hukuman seteruk itu.
sekadar tak sangka.
aku heran.
saat aku rasa aku dipergunakan, mereka bertindak seperti mereka tak layak untuk diperkatakan sebegitu.
namun.
mereka gagal menyembunyikan.
barangkali.

***intermission***

Saturday, March 1, 2014

2

Tak sesuai dengan aku.
Hatta kau cakap aku muda lagi.
Tak sesuai dengan aku.

Yeah! Rahman menang!
Perfect shot! Dua-2 team plak tu!!! Alhamdulillah!!!
Tahniah tahniah tahniah!!!

Tuesday, February 25, 2014

Sakit.

Tau tak?
Ak selalu tunggu respon yang tepat.
Tapi jarang aku dapat.
Sedih.
Bila respon tak tepat, tak sesuai, aku jadi marah.
Salah besar bila aku marah.
Sebab kau tak tau pun respon kau tak tepat.
Sebab kau rasa itu dah cukup tepat.
Aku tak boleh bagitau yang respon kau tu tak tepat.
Sebab aku akan rasa berdosa.
Dan aku yakin cara aku menyatakan nanti takkan kau suka.
Sedih. Sangat. Kecewa.
Tapi tu la. Tiap rasa aku ni, datangkan dosa.
Aku tak suka.

Labuh

Dunia ini kan...
Luas.
Penuh.
Sesak.
Besar.
Lebar.
Sempit.
Hitam.
Putih.

Tapi kan...
Tak labuh.

Kisah

Ribut melalut cerita
Dia di sana begini dia di sini begitu
Deria ini kecapekan dengar
Mahu lari dikatanya kurang ajar
Mahu dibantah nanti dapat penampar
Cukup menggumam dalam hati
Serasa mahu mati.

Petir riak bersorak
Bagai ada kemenangan besar ditembak
Keliling kalut berteduh
Risau disambar kilat ampuh
Terlupa mungkin mereka
Kilat jua mahu memilih

Angin kuat menderu
Bisik bisik mami jarum
Dia begitu dia begini
Dia disitu dia disini
Dia itu dia ini
Tapi lembut
Lebih menekan
Lebih menikam

Air terus mengalir
Menjadi pemerhati
Menjadi pembersih
Terus mengalir

Monday, February 24, 2014

Ketinggalan bas

Hari ni dapat dengar perumpamaan yang jelas menerangkan kedudukan hati aku saat ni...

KETINGGALAN BAS.

Sungguh bagaikan orang yang dah lama menanti untuk bas datang, dan saat munculnya bas yang dinanti-2 tu, kita ketinggalan. Rasa kecewa yang amat. Sedih tak keruan. Semua yang dah dirancang serasa musnah hancur. Hanya kerana satu hal begitu. Kerana ketinggalan, kita jadi bertambah lambat, akan dimarah, mood ghaib. Teruk kan?