Wednesday, April 16, 2014

Asset

Selepas aku 'balik' dalam 'dunia' tu, Allah bagi aku terlalu banyak peluang ilham hasilkan aset-aset tu.
Seronok.
Mengetahui ramai yang akan dapat manfaat.

Sorot kembali. Bermula detik pertama.

2011. Muncul secara tiba-tiba. Menghulur salam kenal, aku alumni. Ada teman-2 alumni lain yang turut serta. ♡♡♡

Lagu tema Aqidah Kukuh Sahsiah Terpuji, lirik Kasih Ayah Bonda.

Ada juga untuk kumpulan yang satu lagi. Yakini Sifat Rasul. Alhamdulillah,  terpilih antara yang terbaik untuk tahun itu.

Satu Malaysia Banteras Dadah. Lirik anti dadah terbaik pernah aku hasilkan selepas hampir 10 tahun.

2012. Setelah 1001 cerita, aku letak sasaran. Tiada pihak lain selain aku dan kamu.

Alquran Penjana Wasatiyyah Ummah. Lagu kesukaan ramai. Rancak, menarik.

Ismah Arrasul. Rare. Hanya satu tiada dua. Turut menjadi pilihan ramai.

Alhamdulillah. Ke kebangsaan mereka. Tempat ke-5. Membarakan jiwa pemuda-2 selainnya. Satu-2nya kuntum melati dikelilingi kumbang abadi.

2013. Jua bermula dengan kucar kacir. Goyah prinsip kala ilham Allah tak kunjung tiba. Diuji. Tanpa henti.

Lirik Alquran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah. Hasil paling bersih. Berstruktur.

Bersama Senandung Hijrah Rasul Allah. Yang khabarnya menjadi bualan seisi Malaysia.

Ke kebangsaan sekali lagi. Kali ini habuan besar. MasyaAllah. Menakutkan.

Semarak Iman. Hasil usahasama pertama bersama adinda.

Satu hasil yang tak mungkin dilupakan aku sepanjang hayatku. RINTIH. Cukup dengan itu. Seluruhnya tunduk setuju. Alhamdulillah. Ilham kurniaanMu benar-2 indah. Alhamdulillah.

2014. Penutup segala kisah.

Alquran Picu Transformasi Ummah Wasatiyyah. Disimpan sejak 2011. Cukup lama sudah. Ini masanya untuk diceritakan.

Dosa. Satu lagi hasil kolaborasi bersama adinda. Susunannya terlalu bermakna. Menanti saat ditebarkan pada semua.

Di suatu sudut, ada kisah perjuangan yang usai dibicarakan. Asyik.

Di sudut yang berbeza, ada kisah Israk Mikraj yang bakal menggegar buana. Juga asyik.

Persoalannya.
Mengertikah kamu? Tiap inti inci isi irama dan senikata itu?
Tepuk dada.

No comments:

Post a Comment