Tuesday, February 25, 2014

Sakit.

Tau tak?
Ak selalu tunggu respon yang tepat.
Tapi jarang aku dapat.
Sedih.
Bila respon tak tepat, tak sesuai, aku jadi marah.
Salah besar bila aku marah.
Sebab kau tak tau pun respon kau tak tepat.
Sebab kau rasa itu dah cukup tepat.
Aku tak boleh bagitau yang respon kau tu tak tepat.
Sebab aku akan rasa berdosa.
Dan aku yakin cara aku menyatakan nanti takkan kau suka.
Sedih. Sangat. Kecewa.
Tapi tu la. Tiap rasa aku ni, datangkan dosa.
Aku tak suka.

Labuh

Dunia ini kan...
Luas.
Penuh.
Sesak.
Besar.
Lebar.
Sempit.
Hitam.
Putih.

Tapi kan...
Tak labuh.

Kisah

Ribut melalut cerita
Dia di sana begini dia di sini begitu
Deria ini kecapekan dengar
Mahu lari dikatanya kurang ajar
Mahu dibantah nanti dapat penampar
Cukup menggumam dalam hati
Serasa mahu mati.

Petir riak bersorak
Bagai ada kemenangan besar ditembak
Keliling kalut berteduh
Risau disambar kilat ampuh
Terlupa mungkin mereka
Kilat jua mahu memilih

Angin kuat menderu
Bisik bisik mami jarum
Dia begitu dia begini
Dia disitu dia disini
Dia itu dia ini
Tapi lembut
Lebih menekan
Lebih menikam

Air terus mengalir
Menjadi pemerhati
Menjadi pembersih
Terus mengalir

Monday, February 24, 2014

Ketinggalan bas

Hari ni dapat dengar perumpamaan yang jelas menerangkan kedudukan hati aku saat ni...

KETINGGALAN BAS.

Sungguh bagaikan orang yang dah lama menanti untuk bas datang, dan saat munculnya bas yang dinanti-2 tu, kita ketinggalan. Rasa kecewa yang amat. Sedih tak keruan. Semua yang dah dirancang serasa musnah hancur. Hanya kerana satu hal begitu. Kerana ketinggalan, kita jadi bertambah lambat, akan dimarah, mood ghaib. Teruk kan?