Tuesday, February 25, 2014

Kisah

Ribut melalut cerita
Dia di sana begini dia di sini begitu
Deria ini kecapekan dengar
Mahu lari dikatanya kurang ajar
Mahu dibantah nanti dapat penampar
Cukup menggumam dalam hati
Serasa mahu mati.

Petir riak bersorak
Bagai ada kemenangan besar ditembak
Keliling kalut berteduh
Risau disambar kilat ampuh
Terlupa mungkin mereka
Kilat jua mahu memilih

Angin kuat menderu
Bisik bisik mami jarum
Dia begitu dia begini
Dia disitu dia disini
Dia itu dia ini
Tapi lembut
Lebih menekan
Lebih menikam

Air terus mengalir
Menjadi pemerhati
Menjadi pembersih
Terus mengalir

No comments:

Post a Comment